dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Parit Othman, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Apresiasi Kerjasama Strategik Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia & Polis Diraja Malaysia (Pdrm) Johor

22 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2026, telah berlangsung Majlis Apresiasi Kerjasama Strategik antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru. Majlis ini menghimpunkan 101 wakil petugas NADI seluruh Johor bersama pihak MCMC, PDRM serta agensi-agensi berkaitan.

Program ini merangkumi sesi taklimat berkaitan peranan MCMC dan NADI, kesedaran keselamatan serta pengenalan Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) oleh wakil PDRM. Turut diadakan sesi perbincangan strategik dan penyerahan sijil penghargaan kepada Pasukan IPD Pontian atas kejayaan menangani isu pencerobohan NADI di Johor.

Sebelah petang, peserta mengikuti taklimat pelaksanaan e-Invois peringkat Negeri Johor melalui kerjasama NADI dan LHDN. Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh kerjasama strategik demi memastikan keselamatan serta pembangunan komuniti digital yang mampan di negeri Johor.

Secara keseluruhannya, majlis ini menjadi platform penting dalam mempererat hubungan antara agensi serta memperkukuh sinergi pelaksanaan inisiatif di peringkat negeri. Kerjasama yang terjalin diharapkan dapat terus diperkasakan bagi menyokong agenda pendigitalan negara dan kesejahteraan komuniti setempat.
Turut disertakan lampiran beberapa foto dari sumber Facebook NADI Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.